Sunday 1 April 2012

RENUNGLAH PANDANGAN TUN DR M MENGENAI DEMOKRASI

JANGAN TAKSUB DENGAN DEMOKRASI

"Demokrasi adalah ciptaan manusia untuk mengatasi masalah hidup bermasyarakat. Justeru, hasil daripada pengalaman tidak selalunya baik. Janganlah terlalu taksub dengan demokrasi sehingga segala-galanya diamalkan kerana dihalalkan oleh demokrasi. Banyak sudah keburukan yang dibawa oleh demokrasi yang keterlaluan. Banyak sudah negara yang tidak dapat ditadbir dan dibangunkan kerana percubaan mengamalkan segala yang dikatakan demokrasi. Keruntuhan moral yang ketara di negara-negara Barat ialah kerana demokrasi"

"Demokrasi adalah untuk kebaikan kita, bukan kita harus dikorbankan untuk kebaikan demokrasi. Jangan terpedaya sekali lagi oleh Barat. Jangan terlalu taksub dengan ideologi mereka sehingga tidak mengambil kira hasilnya. Demokrasi adalah baik, tetapi hasilnya yang lebih penting. Kita mengamalkan demokrasi kerana janji kebaikan daripadanya, tetapi kita tidak harus korbankan diri kita dan kebaikan yang kita perjuangkan kerana terlalu taksub dengan demokrasi, terutama demokrasi liberal ala Barat."

(Perhimpunan Agong UMNO, PWTC, Kuala Lumpur, 11 Mei 2000)

No comments:

Post a Comment