Sunday 23 October 2011

BERSATULAH UMATKU!!!

LOGO KEBANGKITAN HIMPUN

MUSLIMAH YANG TURUT BERHIMPUN

MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT

SEMANGAT HIMPUNAN UMAT ISLAM

HIMPUNAN SEJUTA UMAT SELAMATKAN AKIDAH


Semalam pukul 2.45 petang aku bergerak ke Stadium Shah Alam untuk bersama-sama umat Islam yang lain untuk gerakan menyedarkan antara satu sama lain untuk bersatu padu menentang gejala murtad dan pemurtadan di Malaysia.

Tiba sahaja dalam pukul 3.15 petang, rasanya tak macam menonton bolasepak di mana tidak ramai yang berduyun-duyun ke stadium. Masuk sahaja ke stadium acara telah bermula dan hampir 10,000 telah pun bersemangat untuk mendengar ucapan daripada pemimpin-pemimpin NGO.

Bila tajuk program himpunan sejuta umat, dalam pemikiran kita tentunya tak sukar untuk kita memenuhkan setiap ruang sudut Stadium Shah Alam, tapi hakikatnya ia adalah sukar.

Dalam stadium pelbagai sepanduk digantung antaranya berbunyi Melayu Sepakat Islam Berdaulat, Pertahankan Institusi Raja dan Hentikan Pemurtadan.

Pengacara Majlis telah memainkan peranan yang amat baik membangkitkan semangat para penonton tentang kesedaran bersatu padu. Ini Ungkapan Beliau ' HIMPUN - HIMPUN, SELAMATKAN AKIDAH, HIMPUN-HIMPUN SATUKAN UMMAH, HIMPUN-HIMPUN UNTUKMU ALLAH.

Pemidato telah mengambil tempat untuk berucap dan antaranya penulis Buku Natrah, bekas seorang yang murtad dan kembali kepada Islam dan pemimpin GAMIS.

Pemimpin-pemimpin NGO juga tidak ketingggalan berucap antaranya ISMA, PERKASA,GWGF, PEMBINA dan PEKIDA.

Kemuncak adalah ucapan oleh Mufti Perak, Dr Mohd Yusri dan Cikgu Azemi. Sebelum Cikgu Azemi menyampaikan deklarasi 10 perkara Dato' Dr Hassan Ali atas kapasiti seorang Muslim membaca doa yang menyebakkan hati semua penonton.

Majlis berakhir dalam pukul 6.15 petang dan diiringi hujan rahmat dan renyai-renyai turun.

Alhamdulillah aku berjaya mengikuti program ini dan aku terasa kesannya.

5.49 petang,Jalan Kuching Kuala Lumpur.

Friday 21 October 2011

AYUH KITA UMAT ISLAM KE STADIUM SHAH ALAM

Di kala kita terlalu berbicara tentang politik kepartian yang tiada hentinya, elok benarlah penganjur melaksanakan HIMPUN ini pada 22 Oktober 2011 jam 2 hingga 6 petang di Stadium Shah Alam.

Kita bukan berdemonstrasi tetapi perlu ingat-mengingati sesama saudara ISLAM supaya peka dengan gejala yang paling kita takuti iaitu MURTAD.

Sebagai Muslim, kita harus berdepan dengan masalah ini dan tidak sepatutnya disorokkan isu akidah ini yang boleh diibaratkan luka akan menjadi nanah jika kita tidak berhati-hati.

Ayuh Esok Kita Ke Stadium Shah Alam beramai-ramai dan InsyaAllah semuanya baik-baik sahaja.

Bukan atas dasar mana-mana parti kita berjuang untuk agama, bangsa dan negara.

Assalamualaikum...

4.05 pagi, 22 Oktober 2011, Jalan Kuching Kuala Lumpur.

Sunday 16 October 2011

PERANAN BLOGGER MENEGAKKAN KEBENARAN

Salam perjuangan. Sejak kebelakangan ini makin banyak pula kita lihat maklumat-maklumat daripada blogger yang entah dari mana asal-usulnya boleh menjadi bahan berita utama media perdana elektronik dan cetak negara. Cerita di blog papa gomo, pisau, gap dan mim siapa sangka boleh jadi berita utama TV3 dan Utusan Malaysia.

Topik utama adalah video yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang. Saya juga mengikuti perkara ini dan cuba mencari di mana kesahihannya. Masing-masing berkongsi pandangan dengan konklusi masing-masing. Makin dicari makin hampir dengan kepastian. Namun kita harap sekiranya ia benar maka pemimpin tersebut harus redha dan letaklah jawatan secara budiman. Dalam hidupnya begitu banyak dugaannya, tapi demi agama, bangsa dan negara beliau lebih arif bahawa beliau sudah tidak lagi 'sesuai' untuk memimpin rakyat di negara ini.

Persoalan pokok yang ingin saya katakan di sini adalah maklumat blogger juga telah menjadi tatapan pembaca terutama kumpulan muda dan pertengahan. Pertempuran maklumat berlaku di ruang maya. Siapa yang benar pasti mudah untuk menyampaikan maklumat. Yang salah pula juga nak berlagak pejuang memutarkan isu...

Hari-hari yang berlalu dalam hidup ini perlu dijadikan pengajaran dan tetap menjadi sejarah rujukan. Jadi kita sebagai insan yang melaluinya harus bijak menentukan masa depan bangsa kita dan yang penting syiar Islam perlu dikembang suburkan dari segi penyebaran dan penghayatannya.

Berkesempatan mendengar amanat YAB Perdana Menteri tempoh hari, supaya kita harus memikul tanggungjawab ke atas bahan artikel yang disiarkan, maka sewajarlah ia diterapkan di dalam setiap blog dan yang paling penting adalah penyampaian mesej dengan berkesan dan menafikan segala tohmahan dan tuduhan yang amat tidak berasas.

Atas tanggungjawab tersebut, dalam hidup ini, meredah alam ciptaan tuhan saya ingin berkongsi pengetahuan dan pengalaman untuk dijadikan ingatan DEMI MENJAGA MARUAH AGAMA, BANGSA DAN NEGARA...

Assalamualaikum....

8.00 malam Jalan Kuching, Kuala Lumpur.