Friday 27 April 2012

20 MUKA PUAKA BERSIH 3.0 BARUA NEGARA !!!

Wahai Umat Islam selidikilah dengan teliti pemimpin yang ingin kamu ikuti. Gunakan hak berfikir sebelum hak bersuara!!! Adakah suara Ambiga lebih mulia dari mufti-mufti. Mengucap bro!!!! Ambiga pemimpin yang anti Islam dan pemimpin gerakan lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT). Umat Islam haram sokong puaka, celaka, barua, samdol, bahalol, mangkok, hayon Ambiga.

Tuesday 24 April 2012

WAJAH-WAJAH MAHASISWA KELAS 3 YANG DISENARAI HITAM OLEH DBKL, PDRM, KDN, JPA DAN IPT

Inilah wajah-wajah yang bakal disenarai hitamkan oleh DBKL, PBT-PBT, PDRM, KDN, IPT dan JPA kerana terserlah keBODOHan mereka menjadi alat pihak tertentu untuk melaksanakan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mahasiswa kelas pertama. Mungkin ada dikalangan mereka juga yang telah dibuang universiti akibat masalah akademik dan disiplin yang teruk. Sebagai pihak yang berkuasa dan mempunyai kuasa kita percaya pihak DBKL, PBT, PDRM, Kementerian Dalam Negeri, IPT dan JPA secara mandatorinya pastinya tidak akan mengambil mereka bekerja di organisasi masing-masing disebabkan sikap buruk lagi hina mereka sengaja mencabar peraturan dan undang-undang Negara. Kumpulan ini tiada tempat dalam pasaran kerja di Sektor Awam mahupun Sektor Swasta. Bagi sektor awam dari gred 1 hingga 41 jangan dibuka kepada mereka yang kaki memberontak dan kelak menyusahkan organisasi. Bagi sektor swasta kumpulan ini adalah kumpulan penghasut untuk menentang pihak pengurusan. Dengan tersebarnya wajah-wajah ini maka ia dapat mengurangkan risiko sektor awam dan syarikat swasta tersalah mengambil pekerja dan yang penting graduan yang perlu diberi tempat adalah mereka yang benar-benar jujur, setia dan paling utama mereka yang hormat pada peraturan yang ditetapkan. p/s - Sila simpan dan sebarkan gambar ini untuk tempoh 15 tahun supaya kita tidak tersilap memilih pekerja.

Monday 23 April 2012

KESAN UMAT ISLAM TIDAK BERSATU DAN LEMAH - TUN DR M

"While we have moved many steps forward, it would be to our detriment to ignore our failures. We could have done more if we are more united. We could have a stronger voice in world affairs if we are more cohesive. We would have been more credible if we are more efficient, and truly committed to our cause. Muslims would have been held in higher esteem and respect if our economics are stronger and our governments are more effective and stable" "We must admit that the Muslim ummah and Muslim countries are still under threat and are very weak. We do much damage to ourselves by our lack of cooperation and our frequently violent and debilitating struggles for power in our own countries. As a result, whenever our brothers are in need of help, not only are we unable to extend meaningful help, but we are even unable to influence those agencies whose decisions and actions will affect the fate of our brothers" (The 7th Islamic Summit Conference, Casablanca, Morocco 13 December 1994)

Saturday 14 April 2012

TUN DR M - UMAT ISLAM WAJIB MEMANFAATKAN ILMU YANG TERKANDUNG DALAM AL-QURAN



"Peradaban serta kemajuan manusia mempunyai hubungan yang amat erat dengan kemajuan sains dan teknologi. Pencapaian dunia moden dalam pelbagai bidang adalah penemuan-penemuan sains dan teknologi, khususnya dalam beberapa abad yang akhir ini. Kalau kita teliti, salah satu faktor yang membezakan dunia maju dengan dunia membangun adalah kemajuan dan kemampuan sains dan teknologi masing-masing"

"Pengetahuan sains dan teknologi dan kemampuan teknologi begitu penting sekali bagi sesebuah masyarakat. Sains adalah alat dan cara yang membantu kita mencari kebenaran. Begitu juga teknologi ialah alat dan cara yang boleh membantu memperbaiki kehidupan kita. Kita tentu faham bahawa sains dan teknologi tidak bertentangan dengan agama, apatah lagi dengan Islam yang amat memberatkan sekali umatnya menuntut ilmu dan menggunakan akan fikiran kurniaan Allah S.W.T"

"Al-Quran, bagi orang yang faham dan yakin, adalah reference point bagi semua bidang pengetahuan. Teori kejadian alam, pergerakan planet, kejadian kehidupan daripada air, dan perkiraan waktu mengikut tahun solar dan tahun lunar, semuanya telah tercatat dalam Al-Quran lebih daripada 14 kurun yang lampau, sedangkan para saintis moden hanya sedar tentang hakikat ini baru-baru ini sahaja. Ini adalah satu perkara yang harus menimbulkan keinsafan betapa umat Islam dikurniakan Allah S.W.T dengan asas ilmu pengetahuan dengan Al-Quran tetapi mereka tidak begitu menghiraukannya"

(Upacara Pertandingan Akhir Kuiz Sains Kenegaraan 1983,
Kuala Lumpur, 8 Oktober 1983)

Thursday 12 April 2012

TUN DR M - BENARKAH SIKAP & MODAL MENJADI PENGHALANG KEJAYAAN USAHAWAN MELAYU?



"Sebenarnya jika kita ikhlas dan sanggup memeriksa diri sendiri kita akan dapati bahawa banyak kelemahan yang boleh kita atasi sendiri bagi menjayakan diri kita. Antaranya ialah sikap untuk "cepat kaya" tanpa risiko. Sindrom ini yang masih berleluasa dapat diperhatikan apabila Bumiputera merelakan kaum lain menggunakan nama mereka sama ada pembelian saham yang dikhaskan kepada Bumiputera atau untuk mendapatkan lesen atau permit. Cara ini tidak mempunyai risiko dan pendapatan datang dengan cepat atau upfront. Malangnya cara ini akan mengekalkan kejahilan Bumiputera dalam pengurusan perniagaan"

"Modal adalah satu masalah yang dihadapi oleh semua peniaga. Tidak ada peniaga di mana-mana yang mempunyai cukup modal. Modal pinjaman pun tidak pernah cukup. Kurangnya modal bagi Bumiputera berlaku daripada sebelum ada MARA, Bank Bumiputera dan bermacam-macam tabung Kerajaan sehinggalah kesemua kemudahan ini diadakan. Jika berbagai-bagai tabung diadakan masalah kurang modal akan terus melanda peniaga Bumiputera"

"Jika ditunggu sehingga ada modal yang cukup, maka tidak ada perniagaan yang boleh diadakan. Hanya ada satu cara sahaja untuk mengatasi kurang modal, dan caranya ialah dengan menyesuaikan perniagaan dengan modal dan bukan modal dengan perniagaan. Insya Allah, jika perniagaan berjaya dan semua hutang dibayar mengikut jadual, mendapat modal yang mudah akan menjadi mudah. Nothing fails like failure, nothing succeeds like success."

(Majlis Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, 10 Januari 1992)

Monday 9 April 2012

BUMIPUTERA DAN KONTRAK KERAJAAN




"Kegagalan yang terbesar ialah Bumiputera sebagai peniaga dan pengusaha masih tidak diterima sepenuhnya oleh masyarakat. Mereka terpaksa bergantung kepada kontrak Kerajaan dan keistimewaan-keistimewaan tertentu. Orang awam termasuk Bumiputera sendiri masih mengelak mereka jika ada kontrak sendiri yang hendak diberi. Ini adalah kerana kemampuan mereka masih diragui."

"Kita boleh bersedih, bahkan marah kerana ketidakpercayaan masyarakat terhadap kebanyakan peniaga dan pengusaha Bumiputera. Kita mungkin berpedapat bahawa adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk memaksa supaya peniaga dan pengusaha Bumiputera diterima atau diberi kuota, tetapi pendekatan ini hanya menunjukkan bahawa Bumiputera tidak mungkin mampu mengatasi kelemahan mereka. Anggapan ini amat menghinakan."

(Majlis Pelancaran Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
Kuala Lumpur, 28 Julai 1992)

Saturday 7 April 2012

PANDANGAN TUN DR M MENGENAI PATRIOTISM


PATRIOTISM

"It is not race or ethnicity but the culture which determines the performance of any race or people i.e. the value system that they believe in and adhere to at a given time."

"To succeed, the Malays must change their culture. They must look towards work as reward in itself. They must regard what they achieve through work as the true reward. There should be some financial rewards but these must not outweigh the satisfaction obtained from the result of their work. They must have proper work ethics which involve taking pride in the result of the work rather than the monetary reward alone."

"The danger for the Malays is that their development and empowerment would be so retarded that they will never be able to gain their rightful place in their own country. They will be impoverished economically and also politically. Their empowerment at this point in time will wither away, and they will be the deprived in their own country."

(The Harvard Club of Malaysia Dinner, Sunway Lagoon Resort Hotel,
Kuala Lumpur, 29 July 2002)

Thursday 5 April 2012

APA KATA TUN DR M MENGENAI KEKUATAN UMAT & NEGARA ISLAM

"Sebagai langkah awalan, Kerajaan kesemua negara Islam boleh merapatkan barisan dan mengambil pendirian bersama sekurang-kurangnya mengenai isu-isu besar seperti Palestin, kalau pun tidak mengenai semua isu. Semua kita ini umat Islam. Kita semua ditindas. Kita semua dihina. Tetapi kita, yang ditempatkan Allah sebagai pemimipin umat Islam tidak langsung benar-benar cuba bertindak secara bersatu untuk mempamerkan persaudaraan dan perpaduan yang dituntut oleh Islam."

"Kita gagal melihat bahawa musuh dan pengkritik kita tidak ambil peduli sama ada kita umat Islam sejati atau tidak. Bagi mereka kita semua Islam, pemeluk suatu agama dan pengikut seorang Nabi yang mereka isytiharkan sebagai penggalak keganasan dan kita semua adalah musuh ketat mereka. Mereka akan menyerang dan membunuh kita, menakluk tanah air kita, menjatuhkan Kerajaan kita, tidak kira sama ada kita ini Sunnah atau Syiah, Alawiah atau Druze atau apa sahaja. Kita membantu dan bersekongkol dengan mereka secara menyerang dan memperlemah sesama kita sendiri, dan kadang kala kita menjadi dalang dan bertindak sebagai tali barut untuk menyerang saudara kita yang seagama. Kita cuba menjatuhkan Kerajaan kita sendiri melalui kekerasan dan berjaya melemahkan serta memiskinkan negara kita. Kita bulat-bulat mengabaikan dan terus mengabaikan kehendak Islam supaya kita bersatu dan bersaudara sesama Kerajaan negara-negara Islam dan sesama ummah."

"Umat Islam kini berjumlah 1.3 bilion orang. Kita memiliki simpanan minyak terbesar di dunia. Kita banyak kekayaan. Kita tidak lagi buta ilmu sepertimana puak Jahiliah yang memeluk Islam dahulu. Kita memahami cara perdagangan dan kewangan dunia diuruskan. Kita menguasai 57 daripada kumpulan kecil Jahiliah yang memeluk Islam dan menerima Nabi Muhammad S.A.W sebagai pemimpin mereka. Kenapa? Adakah ini kehendak Allah atau kita telah salah mentafsir agama kita, atau gagal mematuhi ajaran sebenar agama kita atau kerana kita telah membuat kesilapan?"

"Islam menyuruh kita bersiap sedia untuk mempertahankan ummah. Malangnya kita kurang menekankan soal pertahanan sebaliknya terus membincangkan jenis senjata pada zaman junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Senjata dan kuda yang digunakan ketika itu tidak boleh lagi mempertahanankan kita. Kita perlukan senapang dan roket, bom dan pesawat pejuang, kereta kebal dan kapal perang untuk pertahanan kita. Tetapi oleh kerana kita tidak digalakkan mempelajari sains dan matematik dan lain-lain ilmu kerana perbuatan itu sebagai tidak mementingkan akhirat, akibatnya hari ini kita tiada keupayaan untuk mengeluarkan senjata sendiri untuk pertahanan kita."

"Mustahil tidak ada jalan lain. Umat Islam berjumlah 1.3 bilion orang tidak boleh dikalahkan oleh beberapa juta Yahudi. Mesti ada jalan lain. Kita akan nampak jalannya jika kita berhenti seketika dan berfikir untuk mengukur kelemahan dan kekuatan kita bagi merancang, mengatur strategi dan kemudian melancarkan serang balas. Sebagai umat Islam, kita mencari pedoman daripada Al-Quran dan Sunnah Nabi. Sudah pastinya pengalaman perjuangan Nabi selama 23 tahun boleh memberi panduan tentang apa yang kita boleh buat dan patut buat."

"Kita tidak mungkin dapat melakukan sedemikian. Kita mungkin tidak dapat menyatukan 1.3 bilion umat Islam. Kita mungkin tidak berjaya menggabungkan kesemua Kerajaan Islam untuk bertindak seiring. Tetapi jika kita dapat mengembleng sepertiga daripada negara Islam untuk bertindak bersama-sama, kita memang boleh berbuat sesuatu."

(Majlis Sidang Kemuncak OIC, Putrajaya , 16 Oktober 2003)

Tuesday 3 April 2012

RENUNGKANLAH PANDANGAN TUN DR M MENGENAI EKONOMI MELAYU

"Memang pahit untuk mengakui hakikat ini. Jika mereka cuba menipu diri seperti orang mengidap penyakit jantung meyakinkan diri bahawa ia 'terkena' atau 'dibuat' orang dan dengan itu perlu diubati oleh bomoh dengan jampi, keadaan tidak akan dipulihkan. Sebaliknya dengan menerima bahawa penyakitnya serius dan memerlukan pembedahan yang besar, maka kemungkinan ia dipulih adalah baik. Demikian juga dengan penyakit yang menyerang Bumiputera dalam bidang perniagaan dan perusahaan. Mereka boleh memulihkan diri jika mereka mengakui bahawa mereka kurang yakin pada diri sendiri. Jika masalah kurang percaya kepada kebolehan diri ini dapat diatasi, maka sebahagian besar daripada halangan terhadap kejayaan Bumiputera akan dapat dihapuskan"

(Majlis Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga,
Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, 10 Januari 1992)

Sunday 1 April 2012

RENUNGLAH PANDANGAN TUN DR M MENGENAI DEMOKRASI

JANGAN TAKSUB DENGAN DEMOKRASI

"Demokrasi adalah ciptaan manusia untuk mengatasi masalah hidup bermasyarakat. Justeru, hasil daripada pengalaman tidak selalunya baik. Janganlah terlalu taksub dengan demokrasi sehingga segala-galanya diamalkan kerana dihalalkan oleh demokrasi. Banyak sudah keburukan yang dibawa oleh demokrasi yang keterlaluan. Banyak sudah negara yang tidak dapat ditadbir dan dibangunkan kerana percubaan mengamalkan segala yang dikatakan demokrasi. Keruntuhan moral yang ketara di negara-negara Barat ialah kerana demokrasi"

"Demokrasi adalah untuk kebaikan kita, bukan kita harus dikorbankan untuk kebaikan demokrasi. Jangan terpedaya sekali lagi oleh Barat. Jangan terlalu taksub dengan ideologi mereka sehingga tidak mengambil kira hasilnya. Demokrasi adalah baik, tetapi hasilnya yang lebih penting. Kita mengamalkan demokrasi kerana janji kebaikan daripadanya, tetapi kita tidak harus korbankan diri kita dan kebaikan yang kita perjuangkan kerana terlalu taksub dengan demokrasi, terutama demokrasi liberal ala Barat."

(Perhimpunan Agong UMNO, PWTC, Kuala Lumpur, 11 Mei 2000)