Saturday 14 April 2012

TUN DR M - UMAT ISLAM WAJIB MEMANFAATKAN ILMU YANG TERKANDUNG DALAM AL-QURAN



"Peradaban serta kemajuan manusia mempunyai hubungan yang amat erat dengan kemajuan sains dan teknologi. Pencapaian dunia moden dalam pelbagai bidang adalah penemuan-penemuan sains dan teknologi, khususnya dalam beberapa abad yang akhir ini. Kalau kita teliti, salah satu faktor yang membezakan dunia maju dengan dunia membangun adalah kemajuan dan kemampuan sains dan teknologi masing-masing"

"Pengetahuan sains dan teknologi dan kemampuan teknologi begitu penting sekali bagi sesebuah masyarakat. Sains adalah alat dan cara yang membantu kita mencari kebenaran. Begitu juga teknologi ialah alat dan cara yang boleh membantu memperbaiki kehidupan kita. Kita tentu faham bahawa sains dan teknologi tidak bertentangan dengan agama, apatah lagi dengan Islam yang amat memberatkan sekali umatnya menuntut ilmu dan menggunakan akan fikiran kurniaan Allah S.W.T"

"Al-Quran, bagi orang yang faham dan yakin, adalah reference point bagi semua bidang pengetahuan. Teori kejadian alam, pergerakan planet, kejadian kehidupan daripada air, dan perkiraan waktu mengikut tahun solar dan tahun lunar, semuanya telah tercatat dalam Al-Quran lebih daripada 14 kurun yang lampau, sedangkan para saintis moden hanya sedar tentang hakikat ini baru-baru ini sahaja. Ini adalah satu perkara yang harus menimbulkan keinsafan betapa umat Islam dikurniakan Allah S.W.T dengan asas ilmu pengetahuan dengan Al-Quran tetapi mereka tidak begitu menghiraukannya"

(Upacara Pertandingan Akhir Kuiz Sains Kenegaraan 1983,
Kuala Lumpur, 8 Oktober 1983)

No comments:

Post a Comment