Monday 9 April 2012

BUMIPUTERA DAN KONTRAK KERAJAAN




"Kegagalan yang terbesar ialah Bumiputera sebagai peniaga dan pengusaha masih tidak diterima sepenuhnya oleh masyarakat. Mereka terpaksa bergantung kepada kontrak Kerajaan dan keistimewaan-keistimewaan tertentu. Orang awam termasuk Bumiputera sendiri masih mengelak mereka jika ada kontrak sendiri yang hendak diberi. Ini adalah kerana kemampuan mereka masih diragui."

"Kita boleh bersedih, bahkan marah kerana ketidakpercayaan masyarakat terhadap kebanyakan peniaga dan pengusaha Bumiputera. Kita mungkin berpedapat bahawa adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk memaksa supaya peniaga dan pengusaha Bumiputera diterima atau diberi kuota, tetapi pendekatan ini hanya menunjukkan bahawa Bumiputera tidak mungkin mampu mengatasi kelemahan mereka. Anggapan ini amat menghinakan."

(Majlis Pelancaran Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
Kuala Lumpur, 28 Julai 1992)

No comments:

Post a Comment