Wednesday 2 November 2011

Redah Alam ke Kota Kinabalu Pada 30 - 31 Okt 2011







Redah Alam ke Bumi Kota Kinabalu (30 & 31 Okt 2011)

Selepas sahaja mendapat tugasan harus ke KK, hati rasa tak seronok sebabnya tak puas bermain mesra dengan anak-anak comel yang sedang membesar di hujung minggu. Tapi demi tugas untuk Negara terpaksa lah jua ku redah jua.

Tugasan yang diberi tidaklah sukar dan ditemani dengan rakan sepejabat. Jadi dengan tugasan yang diberi bersiap baranglah dan dokumen yang dibawa untuk ke KK selama 2 hari 1 malam.

Flight asalnya pada pukul 2:15 petang telah dibatalkan kerana masalah teknikal. Terpaksalah naik flight yang lebih besar pada pukul 3.15 petang.

Berborak dengan rakan sekerja di Gate B 6, sementara menunggu masuk ke perut kapal terbang baru tersedar seat yang dikhususkan adalah baris ketiga terakhir dalam perut kapal. Takpa lah…

Sambil mengambil tempat duduk dan rehat sejenak sebelum kapal memulakan penerbangan, seorang gadis manis duduk di sebelah. Lagaknya seorang mahasiswa UiTM. Belum berhajat nak sapa kerana faham sangat beza sifat gelojoh dan beradab sebagai orang Melayu.

Sementara membelek surat khabar The Sun, gadis di sebelah mula membuka nota dan mula menelaah tapi nampak macam tak serius sangat menghayati nota dalam BI tersebut.

Setelah lima enam kali tidur ayam yang mengambil masa lebih kurang setengah jam. Barulah bahasa disusun menyapa baik bahasanya. Sebelumnya masing-masing berpandangan mungkin kerana dah mula rasa bosan dengan penerbangan yang panjang disamping menunggu pek makanan yang belum kunjung tiba.

Memang benar gadis ini mahasiswa UiTM dan beliau sambut dengan jawapan yang baik yang beliau baru selesai konvo di Shah Alam. Beliau perlu pulang ke KK untuk menyambung Ijazah pula di UiTM KK. Banyak juga dibualkan dan beliau amat rensponsif dan jujur dalam jawapan. Walaupun ada pertanyaan yang dijawab dalam keadaan tidak pasti. Tapi pada usia begitu beliau masih belum matang memberikan jawapan berkaitan pandangan.

Yang menariknya beliau tidak diberikan subsidi makan oleh pihak UiTM kerana pendapatan melebihi RM6,000.00 dan keluarga beliau tiada masalah kerana berkemampuan. Beliau sebenarnya ditaja biasiswa oleh Kerajaan Negeri Sabah dan mengikat kontrak akan bekerja dengan Kerajaan Negeri Sabah sebaik sahaja menamatkan pengajiannya. Hanya satu syarat yang perlu dipatuhi pelajar tajaan iaitu CGPA perlu sekurang-kurangnya 3.00.

Bila panjang berbual dapat diagak beliau gadis yang bertuah kerana kedua orang tuanya penjawat awam yang kanan dan kedua orang tuanya menjaga beliau dengan amat baik. Sampaikan pasar makan malam depan pasar ikan itupun tidak pernah dilawati beliau kerana keadaan yang tidak bersih disamping dipenuhi oleh Filipinos. Beliau tinggal di Petagas dan membesar di bumi bawah bayu ini. Lima orang adik beradik dan semuanya perempuan. Ke kampus menaiki kereta yang diberikan oleh ibu bapanya. Bertuah sungguh kawan-kawannya yang menumpang.

Beliau beketurunan Bajau Melayu, bukannya Bajau Laut sepertimana YB Dato’ Seri Shafie Apdal yang sentiasa prihatin tentang masyarakat Sempornanya. Beliau juga bersetuju Dato’ Seri Shafie Apdal memang pemimpin yang tidak sombong dan mesra rakyat. Tapi beliau dengan kata dan persepsi orang lain sahaja, tidak pernah berjumpa dengan Menteri Luar Bandar tersebut. Beliau maklum ada dua orang anak saudara Dato’ Shafie, perempuan adalah junior beliau di UiTM Sabah.

Akhirnya bila pesawat berhenti aku senyum dan aku tanya siapa namanya. Dia maklum namanya dan namanya memang indah didengar. Harapannya dapat berjumpa lagi tapi sengaja tidak pula diminta nombor telefon dan emelnya. Dia pun nampak pelik kenapa tak ditanya sepertimana lelaki lain yang mahu lebih mengenali. Tapi dia rasanya faham kerana tidak semestinya bertegur sapa itu perlu diikat, tambahan pula bagi orang yang bekeluarga dan beliau pula perlu menumpukan pelajarannya.

Bila ditanya kali terakhir mana orang tuanya bila sampai berbaris di kaunter Jabatan Imigresen Sabah. Dia jawab ‘ itulah tengah cari la ni’. Dalam perbualan tadi sempat bertanya adakah beliau hanya keseorangan tapi tidak beliau bersama kedua orang tuanya. Tapi orang tuanya tidak mahu duduk dibelakang dan dapatlah kesempatan diberikan untuk berbual dengannya.

Gadis ini memang baik budi bahasanya, cantik dan manis juga bila dipandang. Rambut yang panjang dan pakaian yang ringkas tetapi menarik.. Alhamdulillah semoga beliau dapat mencapai kejayaan dalam kerjayanya dalam perakaunan ataupun menjadi pensyarah. Dalam dunia cyber ini dan limpahan maklumat ini, rasanya mudah sahaja dapat menjejakinya. Tetapi rasanya untuk apa. InsyaAllah biarlah masing-masing berjaya dan yang penting kejayaan kita dapat memberikan petunjuk yang baik kepada maruah Bangsa Kita Yang Perlu Dipertahankan dan sama-samalah kita berdoa agar kita diberikan pertolongan untuk terus Menguasai Negara ini dengan pimpinan Kita..

Sampai di Hotel Imperial Boutec pada pukul 6.40 petang……

8.15 malam makan malam di Restoran RSS- Pesanan diambil cepat tapi malangnya dihantar selepas 1 jam.

9.30 singgah ke kedai Orange berhampiran hotel dan beli Colgate dan Gatsby yang kehabisan.

9.45 sambil menggosok pakaian korporat dengar kompilasi lagu dari netbook ASUS, rancangan Vokal Bukan Sekadar Rupa TV3, hanya dibuka tapi tidak ditonton.

11.00 selesai malam ini…

Hotel Imperial Boutec, Kota Kinabalu, Sabah
30 Oktober 2011
11.20 malam

No comments:

Post a Comment