Saturday 5 November 2011

PERKASA KEKAL NGO NO. 1 BANGSA MELAYU



Tidak terlewat rasanya aku nak menceritakan tentang lahirnya sebuah NGO yang semakin berpengaruh sejak kebelakangan ini. Maksud aku adalah PERKASA.

Baru-baru ini aku menghadiri Mesyuarat Agung PERKASA kali kedua pada 26 Oktober 2011 di Centrum, Taman Setiawangsa. Aku terima kad jemputan sebagai pemerhati yang diposkan ke pejabat. Tahniah kepada PERKASA kerana berani mengepos kad jemputan kepada semua kakitangan Melayu di pejabat aku. Aku percaya ia juga diposkan kepada orang-orang Melayu di pejabat-pejabat yang lain.

Aku tiba lewat sikit dalam pukul 10.30 pagi. Berhampiran lokasi mesyuarat tersebut terkibar banyak bendera kuning PERKASA dan sepanduk Mesyuarat Agung tersebut. Di sekitar Kampung Bharu Kuala Lumpur juga aku nampak ada sepanduk mesyuarat tersebut yang digantung.

Tiba sahaja ke dewan tersebut, banyak meja (booth) yang ada antaranya meja pendaftaran, Suara Perkasa, pendaftaran ahli, jualan t-shirt, sticker dan macam-macam lagi.Bagus nampak meriah.

Melangkah sahaja ke dalam dewan. Semua kerusi penuh, terpaksalah berdiri bersandar di belakang dewan. Hampir 20 minit barulah ada kerusi kosong dan tanpa berlengah aku terus ambil tempat tersebut. Masa tersebut Tan Sri Rahim Noor bekas Ketua Polis Negara sedang memberikan ucapan yang bersemangat. Tak salah aku hampir 2 jam dia berucap. Banyak aku dapat tahu dan yang utama adalah sindrom agama baru yang ingin dibawa oleh puak tertentu iaitu 'kebebasan bersuara atas dasar human right' yang amat berbahaya pada negara kita. Kita sedar ia mula diwar-warkan oleh kumpulan yang sebenarnya adalah ahli DAP dan PKR yang berfikiran sekular dan kebaratan.

Datuk Paduka Ibrahim Ali pula mengambil tempat untuk ucapan Presiden selepas ucapan Tan Sri Rahim Noor. Banyak perkara yang disentuh oleh Tok Him dan ia amat relevan dengan nasib Melayu hari ini. Nasib baik dibekalkan buku ucapan Tok Him oleh urusetia dapat juga disemak butir ucapannya. Adakalanya ucapan Tok Him terlalu pantas tak terpeka untuk kita menangkap butir katanya. Di awal ucapan, beliau mengatakan kehadiran ahli mesyuarat adalah 1,500 orang dan bakinya adalah jemputan serta pemerhati yang kesemuanya berjumlah tidak kurang 7,000. Ada benarnya juga kenyataan tersebut kerana mereka ada merata sekitar bangunan centrum tersebut. Akhir sekali beliau menyarankan supaya kita sebagai pengguna dapat memboikot ayam kerana harganya sudah terlampau tinggi dan sebenarnya amat menguntungkan pada 'pihak tertentu' sahaja. Kita perlu boikot untuk ajar mereka!!!

Akhir sekali sorakan HIDUP MELAYU BERGEMA 3 kali dalam dewan. Penuh bersemangat dan naik bulu roma aku dengan sorakan tersebut. Terharu sungguh dan naik semula semangat dan roh Melayu aku.

Selesai ucapan Presiden PERKASA, jemputan disediakan juadah makan tengahari di tingkat empat. Langkah diatur ke dewan tersebut dan ditegur pula rakan seforum kelab menyokong Kerajaan dan dapat juga rakan berbual sambil makan bersama.

Sambil menikmati makan tengahari, kami berbincang mengenai isu semasa. Kelihatan juga rakan forum yang lain yang ditugaskan sebagai urusetia untuk mengambil gambar. Beliau juga turut serta sama-sama berbual tentang isu semasa Melayu.

Mesyuarat bersambung pada pukul 2.30 petang dan ucapan wakil dari PERKASA Pahang.

Hampir setengah jam dalam dewan, bersama rakan seforum terpaksa mengundur diri kerana ada urusan yang perlu diselesaikan pada petang tersebut.

Sambil melangkah keluar dewan rasanya pihak penganjur amat wajar diberikan ucapan tahniah kerana berjaya menganjurkannya. Rasa macam tak ubah macam Perhimpunan Agung UMNO. Namun yang ini rasanya lebih hebat kerana semangat sukarela dan akar Melayu nampak lebih menyerlah.


6 November 2011
Sungai Besar, Selangor

No comments:

Post a Comment