Sunday 16 October 2011

PERANAN BLOGGER MENEGAKKAN KEBENARAN

Salam perjuangan. Sejak kebelakangan ini makin banyak pula kita lihat maklumat-maklumat daripada blogger yang entah dari mana asal-usulnya boleh menjadi bahan berita utama media perdana elektronik dan cetak negara. Cerita di blog papa gomo, pisau, gap dan mim siapa sangka boleh jadi berita utama TV3 dan Utusan Malaysia.

Topik utama adalah video yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang. Saya juga mengikuti perkara ini dan cuba mencari di mana kesahihannya. Masing-masing berkongsi pandangan dengan konklusi masing-masing. Makin dicari makin hampir dengan kepastian. Namun kita harap sekiranya ia benar maka pemimpin tersebut harus redha dan letaklah jawatan secara budiman. Dalam hidupnya begitu banyak dugaannya, tapi demi agama, bangsa dan negara beliau lebih arif bahawa beliau sudah tidak lagi 'sesuai' untuk memimpin rakyat di negara ini.

Persoalan pokok yang ingin saya katakan di sini adalah maklumat blogger juga telah menjadi tatapan pembaca terutama kumpulan muda dan pertengahan. Pertempuran maklumat berlaku di ruang maya. Siapa yang benar pasti mudah untuk menyampaikan maklumat. Yang salah pula juga nak berlagak pejuang memutarkan isu...

Hari-hari yang berlalu dalam hidup ini perlu dijadikan pengajaran dan tetap menjadi sejarah rujukan. Jadi kita sebagai insan yang melaluinya harus bijak menentukan masa depan bangsa kita dan yang penting syiar Islam perlu dikembang suburkan dari segi penyebaran dan penghayatannya.

Berkesempatan mendengar amanat YAB Perdana Menteri tempoh hari, supaya kita harus memikul tanggungjawab ke atas bahan artikel yang disiarkan, maka sewajarlah ia diterapkan di dalam setiap blog dan yang paling penting adalah penyampaian mesej dengan berkesan dan menafikan segala tohmahan dan tuduhan yang amat tidak berasas.

Atas tanggungjawab tersebut, dalam hidup ini, meredah alam ciptaan tuhan saya ingin berkongsi pengetahuan dan pengalaman untuk dijadikan ingatan DEMI MENJAGA MARUAH AGAMA, BANGSA DAN NEGARA...

Assalamualaikum....

8.00 malam Jalan Kuching, Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment