Sunday 23 October 2011

HIMPUNAN SEJUTA UMAT SELAMATKAN AKIDAH


Semalam pukul 2.45 petang aku bergerak ke Stadium Shah Alam untuk bersama-sama umat Islam yang lain untuk gerakan menyedarkan antara satu sama lain untuk bersatu padu menentang gejala murtad dan pemurtadan di Malaysia.

Tiba sahaja dalam pukul 3.15 petang, rasanya tak macam menonton bolasepak di mana tidak ramai yang berduyun-duyun ke stadium. Masuk sahaja ke stadium acara telah bermula dan hampir 10,000 telah pun bersemangat untuk mendengar ucapan daripada pemimpin-pemimpin NGO.

Bila tajuk program himpunan sejuta umat, dalam pemikiran kita tentunya tak sukar untuk kita memenuhkan setiap ruang sudut Stadium Shah Alam, tapi hakikatnya ia adalah sukar.

Dalam stadium pelbagai sepanduk digantung antaranya berbunyi Melayu Sepakat Islam Berdaulat, Pertahankan Institusi Raja dan Hentikan Pemurtadan.

Pengacara Majlis telah memainkan peranan yang amat baik membangkitkan semangat para penonton tentang kesedaran bersatu padu. Ini Ungkapan Beliau ' HIMPUN - HIMPUN, SELAMATKAN AKIDAH, HIMPUN-HIMPUN SATUKAN UMMAH, HIMPUN-HIMPUN UNTUKMU ALLAH.

Pemidato telah mengambil tempat untuk berucap dan antaranya penulis Buku Natrah, bekas seorang yang murtad dan kembali kepada Islam dan pemimpin GAMIS.

Pemimpin-pemimpin NGO juga tidak ketingggalan berucap antaranya ISMA, PERKASA,GWGF, PEMBINA dan PEKIDA.

Kemuncak adalah ucapan oleh Mufti Perak, Dr Mohd Yusri dan Cikgu Azemi. Sebelum Cikgu Azemi menyampaikan deklarasi 10 perkara Dato' Dr Hassan Ali atas kapasiti seorang Muslim membaca doa yang menyebakkan hati semua penonton.

Majlis berakhir dalam pukul 6.15 petang dan diiringi hujan rahmat dan renyai-renyai turun.

Alhamdulillah aku berjaya mengikuti program ini dan aku terasa kesannya.

5.49 petang,Jalan Kuching Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment